Thursday, December 17, 2015

BBK3408 One Shot Video "Dua Insan" by M. Nasir dan Yunizar

Pada minggu ini, dr. memberi tugasan one shot video jugak, tapi kelainannya, dr. yang tetapkan lagu. Dr. suruh kami buat video one shot dengan miming dan lakonkan klip lagu "Dua Insan" dendangan M. Nasir dan Yunizar Hussain. 

Cabaran bagi group kami "Chinggu Production" untuk video kali ni sebab kami tak ade ahli kumpulan lelaki. Hasil usaha Amal, kami telah bekerjasama dengan kumpulan Cempaka Kuning untuk produce video ni. Nasib baik diorang setuju. Diorang pun sangat berkomitmen, pandai berlakon dan miming. Memandangkan lagu "Dua Insan" nie lagu cinta, kami setuju suruh Husna dan Akmal (dari grop Cempaka Kuning) lakonkan watak utama. Amal dengan Mohd Noor jadi miming untuk lagu tu. Watak-watak lain ahli group yang lain main peranan. Kami setuju untuk shooting video tu di Maeps, Serdang sebab tempat tu ada taman yang cantik. Banyak kali jugak kami shoot video tu baru berjaya.


BBK3408 Fotografi Flat Lay

Pada minggu lepas kami pernah belajar tentang jenis-jenis fotografi, jadi sambungan pada minggu ni, dr. telah tugaskan kami untuk ambil gambar guna stail flat lay. Kami sechinggu telah setuju pilih purse sebagai objek untuk dirakamkan guna stail flat lay tu. Ini hasil gambar yang kami tangkap. Jom saksikan.



Makanan stail "Quater Flat Lay"

Selain flat lay, kami juga ditugaskan tangkap gambar makanan guna stail quater layer. Jadi, untuk tugasan tu, kami rakan segroup telah pergi keluar makan ke mines untuk ambil gambar yang menarik. Untuk memenuhi 20 jenis gambar makanan macam dr. nak tu, sepanjang buat tugasan ni, setiap kali makan kami mesti fikir dulu jenis menu yang nampak sedap dan menarik. Untuk tangkap gambar, mesti kena cantik. Hasilnya :































BBK3408 One Shot Video 3 Layer

Pada minggu ini, dr. mengajar kami tentang one shot video 3 layer pulak. Korang tau ke macam mane one shot video 3 layer? Mesti tak tahu lagi kan. Video tu macam nie.
1. Ada lagu 
2. Ada orang miming
3. Ada watak atau pelakon jalan cerita
4. Ada benda bergerak tanpa dirancang di belakangnya (seperti pergerakan kereta, pokok bergoyang       dll)

So, group chinggu decide pilih lagu "Jagalah Diri" dendangan Jaclyn Victor. Husna yang cadangkan lagu nie. Kami dedikasikan lagu ini untuk ibu-ibu kami yang amat kami sayangi. Jalan cerita dia mengisahkan tentang ibu yang merindui kepulangan anaknya. Akhirnya anak itu kembali jua ke pangkuan ibu. 

Dalam video one shot 3 layer nie, Noi dipilih jadi miming, saya dan amal jadi watak ibu dan anak, safura dan Husna jadi watak imbas kembali ibu dan anak masa lalu. Wihdah pulak jadi anak yang pulang dari perantauan. Untuk layer ketiga video tu, mujurlah ada seorang pekerja yang sedang lalu kat situ sedang sapu sampah. Maka, jadilah 3 layer... Ini hasil video 3 layer kami tu. 




BBK3408 Jenis-jenis Fotografi

Pada minggu keempat kuliah, saya dan rakan-rakan belajar tentang jenis-jenis fotografi. Menurut Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim, pensyarah yang mengajar kami, dalam mengambil gambar, sebenarnya ada kemahiran atau seni tersendiri yang perlu diketahui. Hal ini penting agar gambar yang dirakamkan akan menjadi lebih cantik, jelas dan menarik. Antara jenis-jenis fotografi yang diajar kepada kami adalah seperti berikut :

1. Long Shot

2. Full Shot
3. Medium Shot
4. Mug Shot
5. Selfie
6. Wefie
7.  Flat Lay
8. Half Flat Lay
9. Quarter Flat Lay
10. Zero Flat Lay
11. Over The Shoulder 

Kami diberi tugasan untuk mengambil gambar ikut jenis-jenis fotografi yang dr. dah ajarkan. Hasilnya dapat dilihat dalam video kami kat bawah nie. Selamat menonton. 



   

BBK3408 One Shot Video 2 Layer

Assalamualaikum semua.
Pada entri kali nie, saya nak cerita tentang tugasan yang dr. bagi pada kami seterusnya. Dr. meminta kami membuat One Shot 2 Layer Video pulak. Dr. kata, video one shot 2 layer berbeza tau daripada video one shot yang kami dah buat pada minggu lepas. Kalau nak buat one shot 2 layer video, caranya macam nie.

1. Ada lagu
2. Ada penyanyi (tak kesah yang miming tu sorang atau dua orang)
3. Kat belakang penyanyi tu akan ada watak lain yang berlakon untuk gambarkan kisah dalam lagu

As a conclusion, group Chinggu decide pilih lagu "Aku Ada Kamu" by Adira. Husna dan Wihdah yang comel akan miming, manakala aku, Safura, Amal dan Noi akan jadi pelakon untuk clip video lagu tu. 

Untuk lagu nie, kami pilih untuk shooting di Fakulti Kejuruteraan UPM. Maklumlah kan, fakulti tu kan cantik. Jalan cerita untuk lagu tu lebih kurang macam nie. Sebenarnya bawak tema persahabatan. Suka gembira dalam bersahabat. Pastu, ada sorang sahabat tu baru frust sebab putus cinta dengan boyfriend dia. Akhirnya, sahabat-sahabat dia datang untuk menceriakan sahabat yang frust tu tadi. Kalau nak tahu lebih lanjut kesudahan storynya, jemput tonton video one shot 2 layer kami nie okey.


BBK3408 Asas Grafik dalam Poster

          Dalam kursus Kesusasteraan dalam Multimedia, kami turut diajar tentang asas grafik dalam poster. Poster seperti yang kita sedia maklum merupakan salah satu medium hebahan yang sering digunakan untuk menyampaikan maklumat. Maklumat yang disampaikan terdiri daripada maklumat berkenaan program atau aktiviti mahupun kempen-kempen kesedaran yang akan diadakan. 


        Poster yang baik adalah poster yang berupaya memberi pembacanya faham berkenaan mesej yang ingin disampaikan.  Antara asas grafik yang perlu ada dalam sesebuah poster yang baik adalah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Pada masa kedua kuliah tersebut, prof. telah memberi tugasan berkumpulan kepada kami. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan buku skrap poster-poster yang mengandungi ciri-ciri asas grafik mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kat bawah nie adalah skrap poster yang kumpulan kami dah buat. 

Muka depan

Mudah

Warna

Teks

Kesesuaian

Keseimbangan

Kami dapat bintang dari dr. 


BBK3408 One Shot Video Pertama "Sha na na" by Amy Mastura

Semester ini merupakan semester akhir bagi saya dan rakan-rakan yang mengambil jurusan sastera. Pada semester ini, kami diwajibkan mengambil kursus Kesusasteraan Dalam Multimedia. Kami belajar tentang kelebihan teknologi yang mampu mengindahkan dan merancakkan lagi dunia sastera. Untuk kuliah minggu pertama, pensyarah kursus iaitu Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim telah memberi kami tugasan. Kami dikehendaki membuat sebuah video “One Shot Video”. Pilih sebuah lagu, buat tema sendiri dan miming.

Tugasan itu bunyinya macam senang, tapi memandangkan saya dan rakan-rakan amatur lagi dalam bidang lakonan dan tarian, ianya satu cabaran. Kami sepakat pilih lagu "Sha na na" by Amy Mastura untuk video first kami. Berkat kerjasama, video pertama saya dan rakan-rakan berjaya disiapkan. Suatu sejarah dan mungkin kejayaan buat diriku sebab sebelum ini tak pernah pun terlibat dalam bidang tarian, tetapi demi tugasan ini, saya mencuba juga. Rasanya, selepas ini mungkin Siti Nurhaliza ataupun Adira boleh tawarkan kepada saya dan rakan-rakan jadi penari latar mereka. ^_^. Selamat menonton video pertama daripada kumpulan kami, "Chinggu Production"...