Thursday, December 17, 2015

BBK3408 One Shot Video Pertama "Sha na na" by Amy Mastura

Semester ini merupakan semester akhir bagi saya dan rakan-rakan yang mengambil jurusan sastera. Pada semester ini, kami diwajibkan mengambil kursus Kesusasteraan Dalam Multimedia. Kami belajar tentang kelebihan teknologi yang mampu mengindahkan dan merancakkan lagi dunia sastera. Untuk kuliah minggu pertama, pensyarah kursus iaitu Prof. Madya Dr. Normaliza Abdul Rahim telah memberi kami tugasan. Kami dikehendaki membuat sebuah video “One Shot Video”. Pilih sebuah lagu, buat tema sendiri dan miming.

Tugasan itu bunyinya macam senang, tapi memandangkan saya dan rakan-rakan amatur lagi dalam bidang lakonan dan tarian, ianya satu cabaran. Kami sepakat pilih lagu "Sha na na" by Amy Mastura untuk video first kami. Berkat kerjasama, video pertama saya dan rakan-rakan berjaya disiapkan. Suatu sejarah dan mungkin kejayaan buat diriku sebab sebelum ini tak pernah pun terlibat dalam bidang tarian, tetapi demi tugasan ini, saya mencuba juga. Rasanya, selepas ini mungkin Siti Nurhaliza ataupun Adira boleh tawarkan kepada saya dan rakan-rakan jadi penari latar mereka. ^_^. Selamat menonton video pertama daripada kumpulan kami, "Chinggu Production"...   




No comments:

Post a Comment