Assalamualaikum semua...
Pada kali ni, aku nak kongsi kat korang semua tentang sebuah buku best sangat yang bertajuk "Wacana Bahasa" hasil tulisan Normaliza Abd Rahim. Aku dapat buku ni untuk kursus ni lah, Kesusasteraan dalam Multimedia. Ni bukunya:
Tajuk: Wacana Bahasa
Penulis: Normaliza Abd Rahim
Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
Tahun: 2014
Kandungan: 9 bab
Ketebalan: 102 halaman
Di sini aku nak cerita sedikit kat korang kandungan buku ni. Antara tajuk yang terdapat dalam bab-bab dalam buku ni termasuklah "Teater Kanak-kanak", "Penggunaan Media Teknologi", "Penulisan Papan Cerita", "Pantun Melayu", "Sajak Melayu", "Kata Kerja dalam Cerita Binatang", "Antonim Bahasa Melayu", "Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita", dan "Nilai Murni dalam Peribahasa Melayu. Nak tahu tak kandungan bab-bab tu. Jom teruskan bersama saya.
Bab yang pertama bertajuk "Teater Kanak-kanak". Bab ini menceritakan tentang kebaikan teater yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan untuk kanak-kanak di sekolah. Menurut penulis, teater bukan sahaja salah satu aktiviti hiburan yang menyeronokkan, malah turut boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak di sekolah. Pengkaji dah buat kajian dan mendapati kanak-kanak cukup seronok bila didedahkan atau dipertontonkan dengan teater. Malah, kanak-kanak turut menjadi lebih kreatif dalam berfikir bila telah dipertontonkan dengan teater. Kanak-kanak juga menjadi berani untuk berkongsi pendapat (kegembiraan dan perasaan seronok) bila dah menonton teater termasuk bagi kanak-kanak yang sebelum ini lebih bersikap pasif (kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan kanak-kanak luar bandar). Kesimpulannya, penulis dan juga pengkaji sangat berharap agar penggunaan teater dalam pendidikan di sekolah diperkembangkan penggunaannya.
Seterusnya, bab yang kedua pula bertajuk "Penggunaan Media Teknologi". Bab ini merupakan kajian pengkaji yang telah menganalisis perbualan pelajar semasa menggunakan media digital. Media digital yang dimaksudkan adalah facebook dan youtube. Dalam kajian ni, pengkaji telah memberi tugasan kepada pelajar yang mengikuti kursus Kesusasteraan dalam Multimedia untuk membuat one shot video klip. Para pelajar telah membuat perbincangan dalam kumpulan untuk menghasilkan video tersebut. Semasa menyatakan pendapat, pelajar bersikap profesional. Pendapat yang ditolak pula akan diterima dengan reaksi positif oleh para pelajar. Hasil kajian mendapati setiap pelajar bersikap aktif dalam aktiviti tersebut serta mempamerkan keyakinan tinggi semasa perbincangan.
Bab yang ketiga pula bertajuk "Penulisan Papan Cerita". Papan cerita di sini merujuk kepada mesej dalam pantun yang diolah menggunakan perisian.
No comments:
Post a Comment