Setelah satu semester aku mengikuti kursus BBK3408
Kesusasteraan dalam Multimedia, terdapat pelbagai ilmu yang telah aku dapat.
Aku amat berterima kasih kat pensyarah kursus ini iaitu Prof. Madya Dr.
Normaliza Abd. Rahim atas segala tunjuk ajar. Secara jujurnya pada diriku,
walaupun kursus nie banyak kerja, tapi aku dan rakan-rakan sechinggu tak lah
stress sangat sebab pensyarah kursus nie okey sangat. Terima kasih prof. Prof.
sporting sangat dan tak pernah marah kami walaupun ada kalanya kami buat silap dalam
tugasan. Prof. cool saje.
Dalam pada itu, melalui kursus ni, aku menjadi
semakin mengenali teknologi-teknologi terkini serta aplikasi sosial yang
sekarang viral dan ramai orang guna. Start dari kursus nie lah aku mulai ada
akaun gmail aku sendiri, aku dah pandai upload video dalam youtube, aku ada
macam-macam akaun sosial macam tumblr, twitter, facebook, keek, vine,
dubsmash, blog, linkedin dan instagram. Jika sebelum nie aku dengar
je orang sebut aplikasi macam tu, sekarang aku tak lagi ketinggalan zaman malah
lebih ekspert daripada kawan aku yang kat Sarawak.
Di samping itu, melalui kursus nie, aku menjadi
semakin kenal dengan sahabat-sahabat aku sendiri. Mereka semua sahabat yang
baik dan kami bersama-sama melalui susah-senang dan berkongsi tawa-tangis
bersama sepanjang membuat berpuluh-puluh tugasan dalam kursus ni. Manakan
tidaknya, setiap minggu prof. akan hadiahkan kami dengan tugasan. Antaranya
tugasan one shot video 6 kali, fotografi 3 kali, poster, kalendar, asas
fotografi, dubsmash, parodi, wawancara, montaj dan lain-lain lagi, kami
bersama-sama menyiapkannya. Aku jadi semakin akrab dan kenal akan
sahabat-sahabatku. Husna Abdullah, ketua chinggu dan juga sahabat yang paling
aku rapat masa kat upm nie, rupanya seorang ketua yang bagus, bertanggungjawab
dan sangat pandai dalam editing video. Dia jugak banyak menyumbang idea
sepanjang kami membuat pelbagai tugasan. Yang aku paling respect kat sahabat
aku ni, dia jenis yang tak suka cincai ataupun sembarangan dalam buat kerja.
Semasa buat esaimen group, dia paling tak suka kalau ada antara kami yang main handfone.
Safura pulak seorang yang sentiasa ceria, dan sangat pandai dalam bahagian
rakaman. Dialah yang sering jadi jurukamera sepanjang kami buat one shot video.
Wihdah pula seorang yang sentiasa tenang, banyak idea, ceria dan sentiasa
memberi kerjasama dalam setiap aktiviti kumpulan. Wihdah lah yang cadangkan
nama “Chinggu” untuk group ni. Noi seorang yang matang. Noi biasanya sangat
alert tentang aplikasi yang prof. suruh guna dan download. Jadi, bahagian
aplikasi-aplikasi, dalam kalangan kami, Noi lah yang akan segera settlkan.
Antaranya Noi buat akaun dubsmash, parodi, vine dan lain-lain untuk group kami.
Amal pula, walaupun nampak pendiam, dia seorang yang sangat pandai dalam
bahagian lakonan rupanya. Bagi je kat Amal apa-apa watak, pasti dia boleh bawa.
Amal juga seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan tanpa mengira masa,
tenang dan sabar. Jelas, aku menjadi semakin kenal akan sahabat-sahabatku.
Korang, aku sayang korang. Terima kasih atas segala memori kita bersama. Dan
terima kasih sebab menerima aku menjadi sebahagian daripada korang.
Akhir kata, kursus Kesusasteraan dalam Multimedia
nie pada aku, kursus yang telah membawa aku kepada memori, pengalaman dan ilmu
yang nyata berbeza daripada kursus-kursus lain yang aku pernah ikuti. Aku juga
semakin kenal akan sahabat-sahabat baikku… Terima kasih prof. madya Dr.
Normaliza Abd. Rahim. Terima kasih juga buat sahabat-sahabatku, Nor Husna,
Wihdah, Safura, Noi dan Amal. Nanti dah abis study nanti, aku pasti aku akan
rindu saat nie. Nasib baik ada banyak video kita kat youtube. Nanti kalau
rindu, boleh tengok korang kat youtube. Husna Abdullah, jangan delete tau
video-video tu. Akhir kata. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment