Thursday, December 17, 2015

BBK3408 Instagram : Kongsi Suka Duka Melalui Gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang dikasihi sekalian. 
Pada kali ini, cerita yang akan saya kongsikan kepada anda adalah berkenaan aplikasi instagram. Seperti yang kita sedia maklum, aplikasi instagram adalah antara aplikasi pintar yang sangat digemari oleh masyarakat dewasa ini. Sekiranya  facebook dan twiter adalah aplikasi untuk media sosal, vine dan keek merupakan aplikasi untuk berkongsi video, instagram pula merupakan aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk berkongsi foto kepada kenalan mereka. Selain foto, penggunanya turut boleh berkongsi cerita pada gambar yang dimuat naik malahan aplikasi ini turut menyediakan ruang untuk pengguna lain  memberi pendapat atau komen pada gambar tersebut. 
       
         Sejajar dengan kursus Kesusasteraan dalam Multimedia yang saya ikuti pada semester ini, pensyarah turut memberi tugasan kepada saya dan rakan sekelas yang memerlukan kami memiliki sendiri akaun instagram. Tugasan yang perlu kami lakukan adalah, kami perlu merakamkan sendiri foto-foto yang cantik dan menarik. Seterusnya, foto yang telah dirakam itu harus dimuat naik dalam akaun instagram milik kami. Pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr. Normaliza akan menilai gambar-gambar yang dikongsi oleh kami itu. Sekiranya gambar yang dimuat naik adalah cantik dan berjaya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh prof., beliau akan menghadiahi like yang membawa erti markah yang diperolehi oleh setiap pelajar terhadap gambar yang mereka muat naik itu. Sehubungan itu, prof. telah menetapkan bahawa setiap pelajar perlu berusaha mendapatkan 10 like daripada prof. Penilaian bukan hanya pada gambar, tetapi turut dinilai oleh prof. pada caption dan hashtag pada gambar-gambar itu. Caption dan hashtag mestilah menarik dan mengandungi unsur humor. 

           Alhamdulillah, setelah berkali-kali mencuba memuat naik pelbagai gambar pada akaun instagram saya, akhirnya saya berjaya juga memperoleh 10 like daripada prof. Terima kasih prof. Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar yang telah berjaya mendapat like daripada prof. itu.




































No comments:

Post a Comment