Pada minggu ini, saya ingin berkongsi berkenaan teks klasik Hikayat Musang Berjanggut. Pernah dengar tak tentang teks ini? Biasanya, ramai yang tahu tentang filem Musang Berjanggut arahan seniman agung Tan Sri P. Ramlee, namun ramai yang tidak tahu bahawa idea asal filem tersebut diolah daripada teks klasik yang ditulis oleh orang Melayu zaman dahulu. Teks asalnya bertajuk Hikayat Musang Berjanggut.
Hikayat Musang Berjanggut versi yang disusun semula oleh Abdullah Hj. Musa Lubis
(Versi ni yang penulis gunakan sewaktu mengkaji teks)
Antara versi lain Hikayat Musang Berjanggut
(Versi ni penulis pernah jumpa di perpustakaan kampung sewaktu sekolah rendah dulu)
Sewaktu penulis menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir di UPM, penulis telah memilih untuk mengkaji tentang "Citra Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Melayu Tradsional dalam Hikayat Musang Berjanggut". Ramai jugak dalam kalangan rakan-rakan dan pensyarah yang tanya, kenapa saya pilih untuk kaji teks itu berbanding teks klasik yang lain. Jawapan saya mudah saja, sebabnya, Hikayat Musang Berjanggut ni tergolong dalam genre cerita jenaka Melayu. Tapi, ramai yang tak sedar bahawa walaupun ianya cerita jenaka, tapi teks ni kaya dengan budaya dan kesenian Melayu. Lagipun, penulis mendapati orang-orang Melayu zaman sekarang ni kurang menghargai budaya bangsa sendiri sedangkan ianya penting kerana melambangkan identiti dan jati diri bangsa Melayu.
Hasil kajian pengkaji, antara kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu tradisional yang terdapat dalam teks ini adalah:
Citra Kebudayaan
Masyarakat Melayu tradisional dalam HMB
Sistem
politik
Sistem pemerintahan feudal
Upacara dan adat Adat meminang
Adat menyerahkan mas kahwin
Upacara menitik limau
Upacara mandi berlimau
Adat berinai
Adat
bersanding
Adat semasa di atas pelamin
Adat mengarak pengantin lelaki
mengelilingi kampung
Adat menebus pintu
Adat makan nasi astakona
Adat makan nasi damai
Makanan
Sirih
Pulut
Penganan
Lempeng
Etos
Muafakat
Kerjasama
Tolong-menolong
Berbudi
Persaudaraan
Rendah diri
Mematuhi adat
Mentaati
raja
Berhati-hati
Citra Kesenian Masyarakat Melayu tradisional dalam HMB
Seni suara
Pantun
Gurindam
Seloka
Teka-teki
Nyanyian
Syair
Seni muzik
Gong
Canang
Gendang
Rebana
Serunai
Biola
Seni gerak
Seni
tari
Seni
silat
Seni rupa (pakaian atau busana)
Kain dan seluar alang
Kain limar
Kain
cindai
Pending
Tengkolok
Kain
jong sarat
Canggai
Seni rupa (senjata tradisional)
Keris
Pisau
Rencong
Tumbuk lada
Pengaruh Islam dengan animisme/Hindu-Buddha dalam HMB
Pengaruh Animisme/Hindu-Buddha
Kepercayaan
kepada pawang dan bomoh
Kepercayaan kepada upacara buang sial
Kepercayaan
kepada semangat atau roh orang mati
Pengamalan
upacara menilik nasib
Adat berinai, penggunaan beras
kunyit dan sirih pinang
Pengaruh Islam dalam HMB
Menunaikan
solat
Pemberian
mas kahwin kepada pengantin perempuan
Majlis akad nikah
Majlis doa selamat
Amar makruf nahi mungkar
No comments:
Post a Comment