Pada minggu kedua kuliah, sewaktu amali, kami diajar
membuat kalendar meja sendiri menggunakan Adobe Photoshop. Pada mulanya, agak
bimbang juga di hati sebab saya tidak pernah menggunakan perisian tersebut.
Namun, berkat tunjuk ajar Puan Mira dan Encik Asrul (Pembantu Prof.), saya
mulai tahu keseronokan menggunakan perisian itu.
Tugasannya senang sahaja, kami
cuma perlu membuat kalendar 2016 dan masukkan paling minimum tiga buah gambar
sebagai latar. Kami juga perlu masukkan sekali dalam kalendar itu, mutiara
kata. Antara gambar yang mula-mula saya pilih untuk diletakkan dalam gambar itu
adalah gambar orang yang paling saya sayangi iaitu gambar kedua ibu dan ayah.
Tidak lupa juga gambar adik-beradik dan sahabat-sahabat baikku. Hasilnya…. ^_^
No comments:
Post a Comment