Thursday, December 17, 2015

BBK3408 Parodi Hantu Kak Limah Balik Hostel

Selepas vines, dumbmash nyanyian dan lakonan, minggu ni kami diperkenalkan lagi dengan satu lagi kegilaan masyarakat pada hari ini iaitu membuat video parodi. Tahu tak parodi itu mende? Haha. Mari aku explain sikit. Parodi ni merujuk kepada rakaman video yang melakonkan sesuatu babak dalam sesebuah filem ataupun iklan. Jalan cerita dia sama, cuma bezanya pelakonnya sahaja. Orang buat parodi ni untuk hiburan semata-mata.

Jadi, tugasan minggu ni kami dikehendaki buat satu parodi. Dr. beri kebebasan kepada kami pilih mana-mana filem atau drama tv untuk dibuat parodi. Kumpulan kami, Chinggu Production mulanya rancang nak pili "Mak Cun", tapi dah tukar bila Husna dapat idea lain. Husna cadang kami buat parodi Hantu Kak Limah. Tapi, bukan yang biasa sebaliknya parodi "Hantu Kak Limah Balik Hostel". Jadi, di hujung minggu, kami pun berkumpul sekali untuk rakam parodi tu.

Aku jadi antara pelakon utama. Safura jadi hantu Kak Limah, Husna pulak jadi Yusof Sincha (betul ke tak ea nama watak ni). Habis gelak-gelak kami masa shoot video kat bilik aku ngan Husna tu sampai kena sound dengan kakak PHD bilik dekat-dekat situ. Lepas tu kami tak berani nak bising sangat. Habis almari dan katil semua kami alih untuk setting tempat. Akhirnya, siap jugak parodi kami walau banyak cabaran. 




No comments:

Post a Comment