Nama saya Norhairunisa Ahmad. Saya
berasal dari Kampung Mang yang terletak di bahagian Kota Samarahan. Daerah atau
dikenali sebagai bahagian Kota Samarahan merupakan sebuah daerah yang ada di
negeri yang terkenal dengan buaya-buaya yang mengganas iaitu negeri Sarawak Bumi
Kenyalang. Saya dilahirkan pada 4 Disember 1992 di Hospital Daerah Serian,
Sarawak. Menurut ibu, nama saya telah diberi oleh ibu saudara saya yang ketika
saya lahir beriya-iya mahukan saya dinamakan sebagai Hairunisa. Dalam
bahasa Arab, perkataan nisa’ yang terkandung dalam nama saya itu membawa
maksud wanita.
Pendidikan awal saya bermula di
Sekolah Kebangsaan Mang, Kota Samarahan. Sebagai seorang kanak-kanak kampung,
sejak kecil hidup saya dipenuhi dengan keceriaan suasana kampung. Keseronokan mandi
sungai, keasyikan bermain di batas-batas padi sambil menikmati angin
sepoi-sepoi bahasa semasa musim menuai, kegirangan bermain permainan
tradisional seperti permainan guli, galah panjang, ting-ting, selipar empat dan
pelbagai jenis permainan yang lain bersama kawan-kawan sekampung merupakan
kenangan indah saya sewaktu zaman kanak-kanak. Kenangan tersebut kekal dalam ingatan saya sehingga ke hari ini.
Segala-galanya cukup indah dalam kehidupan seorang kanak-kanak kampung seperti saya.
Lantaran pendapatan bulanan ayah yang kecil, saya dan kakak abang saya sejak kanak-kanak lagi sudah terbiasa bangun awal pagi pada cuti hujung minggu mahupun sewaktu cuti sekolah untuk membantu ibu ayah saya mengerjakan tanaman padi huma. Dengan menanam padi sendiri, ayah tidak perlu risau untuk membeli beras di kedai. Masih jelas teringat dalam memori saya kesejukan mandi di awal pagi dan suasana sejuk, berembun dan berkabus sewaktu saya, kedua ibu ayah dan kakak abang meredahi kedinginan padi berjalan kaki menuju ke tanah kebun milik ayah untuk menanam padi apabila menjelang musimnya. Semasa menanam padi, abang saya akan turut mengail ikan di anak sungai yang berdekatan dengan tempat kami menanam padi. Ada kalanya abang berjaya memperoleh ikan dan ada kalanya dia memperoleh udang-udang sungai. Walaupun tiada telefon pintar mahupun gajet-gajet seperti ipad, pada saya dunia kanak-kanak yang saya pernah lalui suatu ketika dahulu adalah seribu kali lebih indah daripada dunia kanak-kanak pada zaman moden hari ini.
Padi yang masak menguning milik keluarga kami

Seterusnya, di peringkat menengah
sehingga ke Tingkatan Enam, saya telah menyambung persekolahan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Muara Tuang yang juga terletak di Kota Samarahan. Sejak di
bangku sekolah, saya memiliki minat yang sangat mendalam terhadap mata
pelajaran sejarah. Saya sering dipuji oleh guru sejarah kerana sering mendapat
markah yang baik dalam subjek tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tidak pernah mengabaikan perhatian terhadap mata pelajaran yang lain. Pada September
2012, tarikh tersebut menjadi tarikh yang cukup bermakna dalam diri saya kerana
saya telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesusasteraan Melayu di
salah sebuah universiti penyelidikan Malaysia iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM). Walaupun
tidak dapat menyambung pelajaran dalam bidang Sejarah, namun saya tetap
bersyukur kerana bidang Kesusasteraan Melayu telah membuka ruang kepada saya
untuk lebih mendalami serta menyelami sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu. Saya amat berharap dan sering berdoa kepada Allah S.W.T agar saya akan berjaya dalam bidang yang saya ceburi itu. Apabila sudah berjaya kelak, saya ingin membalas jasa dan kasih sayang kedua ibu ayah serta adik-beradik saya kerana saya sangat menyanyangi mereka. Insya-Allah. Amin.
Penulis (tengah, berbaju merah jambu) semasa lawatan sambil belajar anjuran UPM di Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar, Perak.
sa cantik pic tuh kan.....
ReplyDeletesa cantik pic tuh kan.....
ReplyDelete