Thursday, December 17, 2015

Dumbmash : Bila Chinggu mengacara 999

Minggu ni, dr. telah memperkenalkan salah satu lagi aplikasi yang dah jadi kegilaan ramai iaitu dumbmash. Masa awal-awal aku dengar aplikasi ni aku ingatkan ejaannya "duckmash" habis aku kena bahan dengan kawan aku. Pasal aku tak tahu tu yang salah eja tu. Sekarang aku dah tahu dah dumbmash rupanya. Aplikasi yang macam vines, kita boleh muat naik video pendek lakonan ataupun nyanyian.

Jadi, memandangkan dah tahu, dr. beri tugasan pada kami untuk buat dumbmash lakonan dan nyanyian. So, group Chinggu telah setuju untuk pilih rancangan tv3 "999" dan lagu "Aku jatuh cinta" untuk di dumbmashkan (entah istilah apa lah yang aku guna ni). Kami buat kat kolej kami je. Jom saksikan dumbmash dari kumpulan kami.









BBK3408 Kalendarku Gayaku

      Pada minggu kedua kuliah, sewaktu amali, kami diajar membuat kalendar meja sendiri menggunakan Adobe Photoshop. Pada mulanya, agak bimbang juga di hati sebab saya tidak pernah menggunakan perisian tersebut. Namun, berkat tunjuk ajar Puan Mira dan Encik Asrul (Pembantu Prof.), saya mulai tahu keseronokan menggunakan perisian itu. 

        Tugasannya senang sahaja, kami cuma perlu membuat kalendar 2016 dan masukkan paling minimum tiga buah gambar sebagai latar. Kami juga perlu masukkan sekali dalam kalendar itu, mutiara kata. Antara gambar yang mula-mula saya pilih untuk diletakkan dalam gambar itu adalah gambar orang yang paling saya sayangi iaitu gambar kedua ibu dan ayah. Tidak lupa juga gambar adik-beradik dan sahabat-sahabat baikku. Hasilnya…. ^_^


















BBK3408 Vine : Jom bergelak ketawa

Pada zaman dunia tanpa sempadan hari ni, macam-macam kan aplikasi yang ada. Untuk berhibur, bukan hanya ada youtube, facebook, aplikasi permainan, malah kita pun boleh tonton mahupun kongsi video kelakar dengan menggunakan aplikasi vine. Korang tahu tak apa tu vines??

Aku pun tak tahu sebenarnya. Tapi, dari kursus ni lah aku tahu segala-galanya. Hehe. Tahu sikit-sikit ja. Vines ni membolehkan kita rakam video kelakar, pastu muat naik. Pengguna vines yang lain boleh tonton video kita tu. Kita jugak boleh tonton video yang pengguna lain syer. Best jugak lah aplikasi ni. 

Minggu nie, dr. telah menyuruh setiap kumpulan buat satu vines. Pastu, vines tu perlu dimuat naikkan ke laman vines. Jadi, kumpulan Chinggu pun memerah kepala fikir lawak ape lah yang nak buat.
Rakam punya rakam, akhirnya kami berjaya jugak hasilkan vines kami sendiri. Ermm... bila aku buat vines ni baru aku tahu bukan senang jugak kan nak buat lawak. Jom lah saksikan vines yang group kami dah buat...



BBK3408 Instagram : Kongsi Suka Duka Melalui Gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang dikasihi sekalian. 
Pada kali ini, cerita yang akan saya kongsikan kepada anda adalah berkenaan aplikasi instagram. Seperti yang kita sedia maklum, aplikasi instagram adalah antara aplikasi pintar yang sangat digemari oleh masyarakat dewasa ini. Sekiranya  facebook dan twiter adalah aplikasi untuk media sosal, vine dan keek merupakan aplikasi untuk berkongsi video, instagram pula merupakan aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk berkongsi foto kepada kenalan mereka. Selain foto, penggunanya turut boleh berkongsi cerita pada gambar yang dimuat naik malahan aplikasi ini turut menyediakan ruang untuk pengguna lain  memberi pendapat atau komen pada gambar tersebut. 
       
         Sejajar dengan kursus Kesusasteraan dalam Multimedia yang saya ikuti pada semester ini, pensyarah turut memberi tugasan kepada saya dan rakan sekelas yang memerlukan kami memiliki sendiri akaun instagram. Tugasan yang perlu kami lakukan adalah, kami perlu merakamkan sendiri foto-foto yang cantik dan menarik. Seterusnya, foto yang telah dirakam itu harus dimuat naik dalam akaun instagram milik kami. Pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr. Normaliza akan menilai gambar-gambar yang dikongsi oleh kami itu. Sekiranya gambar yang dimuat naik adalah cantik dan berjaya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh prof., beliau akan menghadiahi like yang membawa erti markah yang diperolehi oleh setiap pelajar terhadap gambar yang mereka muat naik itu. Sehubungan itu, prof. telah menetapkan bahawa setiap pelajar perlu berusaha mendapatkan 10 like daripada prof. Penilaian bukan hanya pada gambar, tetapi turut dinilai oleh prof. pada caption dan hashtag pada gambar-gambar itu. Caption dan hashtag mestilah menarik dan mengandungi unsur humor. 

           Alhamdulillah, setelah berkali-kali mencuba memuat naik pelbagai gambar pada akaun instagram saya, akhirnya saya berjaya juga memperoleh 10 like daripada prof. Terima kasih prof. Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar yang telah berjaya mendapat like daripada prof. itu.




































BBK3408 One Shot Video Permainan Kanak-kanak

Chinggu production kembali lagi dengan video terbaru. Kali ni, kami buat one shot video permainan kanak-kanak. Dr. memberi tugasan ni dengan meminta kami pilih sejenis permainan kanak-kanak. Permainan yang kami pilih tu kami perlu rakamkan tutorial cara memainkannya. 

Mulanya, agak blur jugak lah group kami sebab tak tau nak pilih mainan yang mana. Maklumlah dah lama tinggalkan dunia kanak-kanak. Oleh itu, group chinggu sepakat keluar ke South City Plaza untuk servey mainan kanak-kanak kat kedai DIY. Keputusannya, group kami pilih permainan giant bubbles.

Pada hari ahad, kami segroup berkumpul sekali untuk rakamkan tutorial tu. Noi volunteer jadi juru cara. Setting tempat kat bilik aku dengan Husna. Macam biasa, banyak kali jugak kami try buat baru jadi. Dan ini hasilnya...



BBK3408 One Shot Video "Dua Insan" by M. Nasir dan Yunizar

Pada minggu ini, dr. memberi tugasan one shot video jugak, tapi kelainannya, dr. yang tetapkan lagu. Dr. suruh kami buat video one shot dengan miming dan lakonkan klip lagu "Dua Insan" dendangan M. Nasir dan Yunizar Hussain. 

Cabaran bagi group kami "Chinggu Production" untuk video kali ni sebab kami tak ade ahli kumpulan lelaki. Hasil usaha Amal, kami telah bekerjasama dengan kumpulan Cempaka Kuning untuk produce video ni. Nasib baik diorang setuju. Diorang pun sangat berkomitmen, pandai berlakon dan miming. Memandangkan lagu "Dua Insan" nie lagu cinta, kami setuju suruh Husna dan Akmal (dari grop Cempaka Kuning) lakonkan watak utama. Amal dengan Mohd Noor jadi miming untuk lagu tu. Watak-watak lain ahli group yang lain main peranan. Kami setuju untuk shooting video tu di Maeps, Serdang sebab tempat tu ada taman yang cantik. Banyak kali jugak kami shoot video tu baru berjaya.


BBK3408 Fotografi Flat Lay

Pada minggu lepas kami pernah belajar tentang jenis-jenis fotografi, jadi sambungan pada minggu ni, dr. telah tugaskan kami untuk ambil gambar guna stail flat lay. Kami sechinggu telah setuju pilih purse sebagai objek untuk dirakamkan guna stail flat lay tu. Ini hasil gambar yang kami tangkap. Jom saksikan.



Makanan stail "Quater Flat Lay"

Selain flat lay, kami juga ditugaskan tangkap gambar makanan guna stail quater layer. Jadi, untuk tugasan tu, kami rakan segroup telah pergi keluar makan ke mines untuk ambil gambar yang menarik. Untuk memenuhi 20 jenis gambar makanan macam dr. nak tu, sepanjang buat tugasan ni, setiap kali makan kami mesti fikir dulu jenis menu yang nampak sedap dan menarik. Untuk tangkap gambar, mesti kena cantik. Hasilnya :