INDAHNYA SENI BINA RUMAH
TRADISIONAL MELAYU...
Bangsa Melayu
sejak zaman dahulu lagi terkenal sebagai sebuah bangsa yang hebat. Tidak
percaya? Kajilah teks Sulalatus Salatin (susunan Tun Sri Lanang) yang
menceritakan kehebatan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam teks tersebut,
digambarkan tentang kepandaian orang Melayu dalam mentadbir kerajaan (sehingga
terkenal ke seluruh pelosok dunia), kehebatan membuat dan bermain senjata
seperti keris. Malahan, orang Melayu juga mahir dalam ilmu pertukangan. Hal ini
dapat dilihat semasa kerja-kerja pembinaan istana Sultan Mansur yang telah
dilakukan oleh rakyat jelata. Istana itu digambarkan cukup indah dengan seni binanya
yang tersendiri.
Pada kali ini,
saya ingin berkongsi beberapa jenis gambar rumah tradisional Melayu yang cukup
indah dan berseni. Jelas menggambarkan bahawa nenek moyang orang Melayu dahulu kala
sememangnya cukup teliti dalam membuat kerja-kerja pertukangan. Gambar diambil
semasa saya berada di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia dan di
Kampung Iboi, Sadong Jaya, Sarawak.
Rumah Melayu Negeri Sembilan
Rumah Melayu Pahang
Rumah Melayu Terengganu
Rumah Melayu Bugis Sarawak
No comments:
Post a Comment