Norhairunisa
Binti Ahmad,
No.
27, Kampung Mang,
94300
Kota Samarahan,
Sarawak.
Bahagian
Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik,
Tingkat
1,
Bangunan
Pentadbiran,
Universiti
Putra Malaysia (UPM),
43400
Serdang,
Selangor
Darul Ehsan. 14 OKTOBER 2016
Tuan,
PERMOHONAN
UNTUK MEWAKILKAN INDIVIDU LAIN BAGI URUSAN PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN.
Dengan
segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya tidak dapat hadir pada
hari pengambilan jubah konvokesyen pada 15 Oktober hingga 20 Oktober 2016
nanti. Hal ini demikian kerana saya terikat dengan waktu bekerja serta tidak
mendapat kelulusan cuti pada tarikh berkenaan.
3.
Oleh itu, saya ingin memohon kepada pihak tuan agar pengambilan jubah itu dapat
dilakukan oleh wakil saya. Sehubungan itu, saya telah mewakilkan kawan saya
iaitu Shaharniza Binti Bujang Saili (No. Matrik 167172) untuk urusan tersebut.
Saya telah menyerahkan lampiran berikut kepada beliau untuk rujukan pihak tuan
:
i. Salinan resit bayaran yuran
konvokesyen
ii. Salinan borang pakaian akademik
Majlis Konvokesyen UPM ke-40
iii. Salinan slip Kajian Pengesanan
Graduan Kementerian Pendidikan Tinggi
4.
Saya amat berharap agar permohonan saya ini mendapat kerjasama yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan
saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang
Benar,
.................
Norhairunisa
Binti Ahmad.
thanks!
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletethanksssss!
ReplyDelete