Alhamdulillah, bulan lepas
berpeluang jugak membawa ibu dan ayah melawat Pulau Pangkor, Perak. Pulau yang
terkenal dengan keindahan pantainya itu turut menyimpan cerita sejarahnya yang
tersendiri lantaran pernah diduduki oleh penjajah Belanda dan Inggeris. Belanda
datang di Perak dan membina kota di Pulau Pangkor lantaran mengetahui kekayaan
bijih timah yang terdapat di bumi Perak. Cerita tentang kedatangan Belanda
dirakamkan oleh Raja Chulan dalam karya agung baginda yang bertajuk
"Misa Melayu". Selepas Belanda, datang pula penjajah Inggeris
meyambung delegasi penjajahan Belanda. Kasihan kita. Habis hasil bumi kekayaan
tanah air kita dirompak oleh mereka. Belajar daripada sejarah. Bangsa yang
melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan yang sama.
Saya,
kakak, ibu dan ayah memulakan perjalanan ke pulau pangkor pada waktu pagi dan
bercadang untuk balik semula ke Lumut sebelum malam. Kami menaiki feri dari
jeti Marina untuk ke sana. Tambang seorang RM10 untuk pergi dan balik. Sampai
di sana, saya terus menyewa sebuah perodua viva. Berpatutan jugalah sewanya
iaitu RM60 untuk setengah hari. Kalau motosikal RM30. Isi minyak RM5 pun dah
cukup untuk pusing satu pulau tu. Pulau Pangkor kecik je sebab pulau tu bukan
macam Pulau Langkawi. Ni lah gambar kenang-kenangan yang sempat dirakamkan di
Kota Belanda.
Casino Review - Dr.Mcd
ReplyDeleteCasino has many great slot games, including 제천 출장샵 the 동두천 출장샵 jackpot, progressive jackpots, progressive jackpots, video slots, table 충청남도 출장안마 games, video poker, 구미 출장마사지 and 남원 출장마사지 video