KERAJAAN
NEGERI SAMARAHAN-SADONG. KERAJAAN SILAM YANG KIAN DILUPAKAN.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entri kali ini,
saya ingin berkongsi serba sedikit sejarah berkenaan sebuah kerajaan silam
iaitu Kerajaan Negeri Samarahan-Sadong. Saya sebenarnya telah lama ingin
membuat perkongsian tentang perkara ini memandangkan maklumat tentang daerah
Kota Samarahan apatah lagi cerita berkaitan kerajaan silam itu amatlah kurang
diketahui oleh masyarakat. Jika hal itu ditanya kepada golongan muda yang tinggal
di Kota Samarahan, pasti ramai yang terpinga-pinga tidak tahu. Ayuh warga
Samarahan, mari kita terokai sejarah nenek moyang kita dahulu. Dahulu, daerah
Kota Samarahan kita ini pernah wujud sebuah kerajaan iaitu kerajaan Negeri
Samarahan-Sadong. Jika kita perasan, perkataan "kota" yang terdapat
pada awal nama Kota Samarahan sebenarnya menunjukkan tempat itu suatu ketika
dahulu pernah memiliki kerajaan sendiri. Perbandingan ini dapatlah kita lihat seperti
kewujudan kerajaan di Kota Tinggi, Johor, Kota Star, Kota Kuala Muda
Kita
sedia maklum bahawa sebelum perjajahan James Brooke ke atas sarawak, wilayah
tersebut merupakan salah satu wilayah milik kesultanan Brunei Darussalam. Para
pemerintah kesultanan Brunei mentadbir Sarawak dengan bantuan para pembesar
Brunei.
Peninggalan
kerajaan Negeri Samarahan-Sadong yang masih dapat kita lihat hingga hari ini
tidak banyak. Mungkin kerana sejak penguasaan Brooke hinggalah ke hari ini,
tiada usaha yang dilakukan untuk menjejaki tinggalan kerajaan silam itu. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa tinggalan yang masih ada hingga hari ini yang
kononnya dikaitkan dengan kerajaan Negeri Samarahan-Sadong. Antaranya ialah
kewujudan makam lama di tanah perkuburan Islam Kampung Muara Tuang, Kota
Samarahan (berdekatan Pejabat Daerah Kota Samarahan). Berdasarkan papan tanda
yang tertera di simpang jalan masuk ke tanah perkuburan itu, makam itu milik
Yang Mulia Pangeran Omar Ali Bin Pangeran Mohamad. Saya sempat singgah ke makam
tersebut. Alhamdulillah, makam itu masih terpelihara elok dengan dibuat pagar
dan bumbung. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemilik makam tersebut daripada
golongan bangsawan. Jika anda ke sana, mudah untuk dicari makam itu kerana keberadaannya
yang agak berbeza daripada kubur lain yang terdapat di situ. Daripada sumber
yang diperoleh daripada facebook,
dikatakan bahawa waris keturunan Pangeran Omar Ali itu masih ada lagi di
Kampung Muara Tuang. Salah seorang penduduk di situ yang bernama Awang Menteri
didakwa sebagai warisnya. Saya berharap agar nanti dapat berjumpa sendiri
dengan beliau. Mungkin sedikit sebanyak maklumat tentang Pangeran itu dapat
saya perolehi. Insya-Allah.
bersambung...
Makam Yang Mulia Pangeran Omar Ali bin Pangeran Mohamad di tanah perkuburan Islam Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan
bersambung...
No comments:
Post a Comment